Saringan E-Sukan Mobile Legend Peringkat NADI
21 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2025, telah berlangsung Saringan E-Sukan Mobile Legend peringkat NADI dengan kerjasama Kolej Komuniti dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Pertandingan ini disertai oleh 5 pasukan, masing-masing terdiri daripada 5 orang pelajar.
Pertandingan berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Pasukan yang berjaya muncul johan telah melayakkan diri untuk mara ke peringkat negeri, sekali gus membuka peluang untuk mewakili NADI di peringkat lebih tinggi.
Program ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar dalam arena e-sukan, malah memberi manfaat kepada NADI dengan memperkukuh imej sebagai penganjur aktif dalam mempromosi e-sukan secara sihat, berdisiplin dan berstruktur di peringkat komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: